Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

30 Januari 2010

KETERANGAN LENCANA

  1. PERISAI - Lambang kepada peralatan mempertahankan diri yang telah sinonim dengan reka   bentuk kebanyakan lencana sekolah-sekolah di negara kita.
  2. BUKU -  Buku yang terbuka menggambarkan kekuatan ilmu yang menjadi  wadah perjuangan setiap pelajar dan dijadikan teman setia mencipta ilmu.
  3. MATA PENA- Simbol pencarian ilmu di alam persekolahan. Kekuatan ilmu boleh merubah dunia bak kata pepatah “ mata pena lebih tajam daripada mata pedang .”
  4. GLOBE- Matlamat dan wawasan untuk melahirkan pelajar yang dapat  meneroka  pendidikan bertaraf dunia setanding dengan negara-negara maju.
  5. 2010 - Tahun tercipta sejarah. Sebuah institusi pendidikan yang baru telah mendapat pengiktirafan iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Landak berdiri megah seiring dengan sekolah-sekolah yang lain yang turut bersaing untuk memantapkan lagi prestasi pendidikan diperingkat daerah,  negeri dan negara.
  6.  “ MULIAKAN ILMU”dalam tulisan jawi bertujuan memertabatkan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan  dunia pendidikan negara sejak zaman berzaman keperingkat globel.
  7. WARNA KUNING - Kuning melambangkan kedaulatan raja-raja yang luhur dan disanjung tinggi.
  8.  Biru menggambarkan kecintaan kepada kedamaian serta semangat saling hormat-menghormati yang menjadi teras untuk memertabatkan penerokaan ilmu.
  9. Hitam dan putih adalah warna identiti Negeri Terengganu yang menjadi lambang kebanggaan setiap warga dan anak negeri.
  10. Hijau menunjukkan kesejahteraan dunia sejagat yang mempunyai kebebasan dalam urusan pencarian ilmu dan kehidupan.
  11. Merah adalah lambang keberanian, kemegahan, ketegasan dan semangat yang jitu dalam mencari ilmu demi untuk memaju , mengangkat dan mencemerlangkan pencapaian sekolah.
  12. MOTO - “MULIAKAN ILMU “ adalah dua patah kata yang menjadi teras dan mendasari bidang pendidikan agar terus berkembang maju dan insyaAllah dapat melahirkan generasi yang sayang dan cintakan ilmu serta menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15 Januari 2010

Perhimpunan pertama

Pada hari pertama persekolahan, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut telah menghadiri perhimpunan pagi bersama-sama dengan semua guru, murid-murid dan sebahagian daripada ibu bapa.



Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut memberikan ucapan



Murid-murid berhimpun



Ada seorang murid yang jatuh pengsan semasa perhimpunan tersebut.... suasana kelam kabut sekejap tetapi terkawal.




Barisan guru-guru

Pendaftaran murid

Pendaftaran murid-murid bagi memulakan sesi persekolahan baru telah diadakan pada hari Khamis, 30 Disember 2009 .

Seramai 108 orang murid telah mendaftaran diri bagi tahun 1 hingga tahun 5.  Kelas untuk tahun 6 belum lagi dibuka pada tahun ini.  Bagi prasekolah, seramai 22 orang murid yang telah mendaftar pada hari tersebut. 

Kebanyakan murid yang mendaftar itu datangnya dari sekolah SK Pelagat, SK Tok Motong dan SK Padang Luas.

Guru-guru yang ditempatkan di sekolah ini seramai 14 orang termasuklah guru besar.  Staff yang ada di sekolah ini adalah seorang Pembantu Tadbir, seorang Pengasuh Prasekolah dan 6 orang pekerja am swasta.











di pejabat sekolah

Solat hajat sekolah

Sebelum bermulanya sesi persekolahan, pihak sekolah dengan bantuan beberapa pihak yang lain telah membuat solat hajat pada 30 Disember 2009.

Solat hajat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Guru Besar Zon Jerteh, penduduk setempat , guru-guru dan kakitangan sekolah.










Mesyuarat kali pertama

Mesyuarat kali pertama diadakan pada 29 Disember 2009 bersama semua guru dan staf.


guru besar












(...p/s  nampaknya semua gambar guru-guru lain ada... si snaps picture je tak termasuk....ish..ish..tak glamor lah nanti....kwaaa)

...... sebelum 3 januari 2010



Sebelum sesi persekolahan bermula... bermacam2 kerja terpaksa dilakukan... maklumlah semua kerja bermula dari sifar... setiap perkara mesti disiapkan tak kurang dari 2 minggu sebelum sesi persekolahan 2010 bermula...





Merangkap pekerja dan guru... nak buat camne...





Semua ni kena buat sendiri.... adus penatnya...




Gayatnya....dah nasib badannnn...




kereta dah jadi lori.... angkut barang punya pasal... tapi tak terima tempahan yang lain...


14 Januari 2010

Panorama sekolah




Gambar-gambar ini diambil sebelum sesi persekolahan bermula



Pandangan dari pintu masuk utama


Pandangan dari hadapan



Pemandangan dari pintu masuk utama

Pandangan dari atas

Pandangan dari hadapan





































































sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Padang Landak yang diserahkan pada 8 Disember 2009 akan mula beroperasi secara rasmi mulai sesi persekolahan 2010. Perkara ini telah disahkan oleh Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak di Pejabat Pelajaran Daerah Besut hari Rabu 16 Disember 2009.

Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Salim bin Abd. Ghani,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong,pegawai-pegawai dari jabatan ,pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut,Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang akan bertugas di sekolah berkenaan.


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan surat pertukaran dan penempatan kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Padang Landak berkuatkuasa 16 Disember 2009. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa SK Padang Landak akan menjadi sekolah impian ibubapa dan masyarakat dalam masa terdekat justru kemudahan yang lengkap,tempat yang strategik serta guru besar,gpk dan guru-guru berpengalaman.


Beliau berkata demikian selepas semua ahli mesyuarat melawat sekolah berkenaan. Lawatan dan tinjauan itu juga disertai sama oleh Pegawai-Pegawai JKR Besut dan kontraktor.