Tarikh : 23 September 2010
Hari : Khamis
Sekapur Sireh
Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.
Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.
Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

16 Oktober 2010
06 Oktober 2010
11 Ogos 2010
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA SK PADANG LANDAK. SEMOGA DALAM BULAN YANG MULIA INI DAPAT MEPERBANYAKKAN AMAL IBADAH..
23 Julai 2010
Kesatuan guru setuju mansuh UPSR, PMR
ARKIB : 20/07/2010
PUTRAJAYA 19 Julai – Kesatuan-kesatuan guru bersetuju dengan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada perbincangan Meja Bulat pertama di sini hari ini.
Bagaimanapun, pemansuhan itu bersyarat dengan menggantikan kedua-dua peperiksaan awam tersebut dengan ujian penilaian lain untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.
Perbincangan Meja Bulat yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5.30 petang itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan disertai kesatuan-kesatuan guru, wakil-wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil-wakil guru.
Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, fungsi sebenar UPSR dan PMR kurang jelas kerana ia berasaskan penilaian kognitif melibatkan penilaian intelek semata-mata.
“PMR dan UPSR boleh diertikan sebagai penilaian yang hanya menggunakan pensil dan kertas sahaja kerana tidak melibatkan bentuk penilaian yang meluas,” katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng pula berkata, pihaknya sebelum ini memang menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan pemansuhan PMR dan UPSR.
-Utusan malaysia Online

Pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan
20/07/2010 1:41pm
KUALA LUMPUR 20 Julai - Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan bahawa Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.
"Sehingga kini, Kementerian Pelajaran telahpun mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.
"Justeru perkongsian pintar ini akan diperluaskan dan saya amat mengharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang lain berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat yang ingin tahu status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan perancangan kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan telah mewujudkan dasar-dasar baru bagi memastikan golongan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat pendidikan sewajarnya.
Beliau berkata, kanak-kanak warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk diterima masuk ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan jika memenuhi syarat yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.1/2009 bertarikh 11 Mac 2009. - Bernama
Terima e-book
BESUT 15 Julai - Seramai 702 murid dari 11 buah sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan negeri Jerteh menerima e-Book sumbangan kerajaan negeri di sini semalam.
Ia suatu detik menggembirakan bagi mereka dengan menerima alat bantu pembelajaran yang membolehkan meneroka alam pendidikan dengan kemudahan teknologi maklumat di peringkat awal usia.
Pengagihan e-Book bagi murid tahun lima itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut yang turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim.
Berucap pada majlis itu Idris berkata, pemberian kerajaan negeri itu harus diterima dengan rasa syukur kerana ia berteraskan usaha untuk terus mengangkat kecemerlangan akademik anak bangsa.
Katanya, komputer dan internet beliau berkata, boleh memberikan manfaat yang besar jika pelajar dapat menggunakannya dengan cara yang betul.
"Cuma elakkan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook dan Tweeter yang mungkin akan melalaikan para pelajar dan mengganggu pembelajaran mereka," katanya.
Idris yang juga Pengerusi Mara berkata, empat aspek yang diberi nama 'i-buk' saling berkait antara satu sama lain dan perlu ada dalam diri setiap pelajar.
''Ia berkait dengan ilmu, berdikari, usaha dan kreativiti merupakan antara aspek utama yang perlu diamal dan menjadi budaya di kalangan pelajar jika mereka inginkan kejayaan sebenar dalam bidang pelajaran dan kehidupan," katanya.
Katanya, bermula dengan ilmu setiap pelajar perlu cintakan ilmu dan bukannya bersikap belajar sambil lewa kerana hasilnya nanti tidak akan membawa apa-apa makna kepada mereka.
"Sikap berdikari pula penting kerana jika seseorang pelajar sentiasa mengharapkan bantuan dan perhatian daripada orang lain khususnya kerajaan mereka akan menempuh kekecewaan, "katanya.
Dua aspek lagi iaitu usaha dan kreativiti akan menjadikan pelajar lebih mantap dan mampu menghadapi cabaran untuk meraih kejayaan di samping mempunyai rasa bersyukur di atas segala pemberian.
Sumber : Utusan Malaysia Online
06 Jun 2010
Selamat Bercuti
Selamat bercuti kepada semua guru dan murid-murid..
Semasa cuti penggal ke 2 ini, sila pastikan "semua Modul Cuti Terancang Sekolah "dibereskan oleh semua murid , semoga diberi perhatian oleh semua ibu bapa penjaga.
Pesanan dari GPK Pentadbiran SK Padang Landak.
Guru Wajib diberi rehat dua kali sebulan : Alimuddin
010/06/04
PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi
Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.
Alimuddin berkata, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.
Beliau berkata, jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. - Bernama
Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Terengganu
Mantan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman,Tuan Haji Ahmad bin Mahmood telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 2010 di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu 2010 yang berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah Shah,Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA pagi ini.
Tokoh Guru Negeri Terengganu ini menerima sijil,medal emas,tafsir al-Quran,sepersalinan lengkap baju Melayu berserta wang tunai RM10,000.00 daripada Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebahagian (RM5,000.00) bagi anugerah tersebut.
Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. semasa menyampaikan ucapan perasmian melahirkan penghargaan terima kasih kepada lebih 21,000 orang guru di negeri Terengganu atas sumbangan dan dedikasi mendidik anak Terengganu dan merealisasikan hasrat negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.Beliau juga akan sentiasa berusaha dan berjanji bahawa kerajaan negeri akan memberi sumbangan dan isentif bagi menghargai jasa dan sumbangan guru.
Menurut Menteri Besar lagi,jika UPSR Tahun 2010 menjadi juarasepuluh tahun berturut-turut kerajaan negeri akan menghantar50 orang guru pada tahun depan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia.Selain dari itu,beliau berhasrat mahu bersalaman dan berjumpa semua guru mengikut daerah untuk menyatakan penghargaan terima kasih apatah lagi jika semua empat peperiksaan awan mencapai yang terbaik di peringkat negara.Beliau juga memaklumkan bahwa kerajaan negeri telah menerima penghargaan daripada Intel kerana menjadi negeri pertama di benua Asia pelajarnya menggunakan e-book. Sehubungan dengan itu,sebanyak 800 unit e-book akan disumbangkan kepada guru bagai mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran pengajaran-pembelajaran murid.Selain dari itu,YAB Menteri Besar juga melahirkan rasa bangga kerana pada tahun ini seorang lagi anak jati Terengganu,Pn.Hajah Ainon Jamilah bt Mohd Ali telah dianugerahi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2010.
Terdahulu Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapan aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri sangat beruntungdan bertuah kerana banyak program melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu dan kuat daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan pelbagai pihak. Beliau melahirkan rasa terima kasih warga pendidikan kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 telah dihadiri oleh 1,600 orang guru pelbagai peringkat serta jemputan khas terdiri ketua-ketua jabatan pelbagai insitusi dan agensi persekutuan dan negeri.Di samping Anugerah Tokoh Guru pelbagai Anugerah dan Hadiah yang dipertandingankan turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di majlis berkenaan. Senarai penuh penerima ialah seperi di bawah;

Tokoh Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu
Anugerah Guru Inovatif:
Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu
Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu
Anugerah Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu
Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu
Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu
Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu
Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu
Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu 7,Dungun,Terengganu
Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu
Anugerah Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu
Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala Terengganu
Anugerah Penerbitan Dan Majalah Terbaik
SMK Chukai,Kemaman,Terengganu
Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu
Anugerah Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu
Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:
Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu
Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.
Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu
Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:
Tempat Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK Padang Midin,Kuala Terengganu
Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK Seri Serating,Marang,Terengganu
Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu
Sumber : blog unit sekolahrendah JPNT.
16 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)