Mantan Penolong  Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman,Tuan Haji Ahmad bin Mahmood telah  diistiharkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 2010 di  Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu 2010 yang  berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah Shah,Universiti Darul Iman  Malaysia,Kampus KUSZA pagi ini.
Tokoh Guru Negeri Terengganu ini  menerima sijil,medal emas,tafsir al-Quran,sepersalinan lengkap baju  Melayu berserta wang tunai RM10,000.00 daripada 
Y.A.B Dato' Haji  Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. Kerajaan negeri telah  memberi sumbangan sebahagian (RM5,000.00) bagi anugerah tersebut.
Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin  Said,Menteri Besar Terengganu. semasa menyampaikan ucapan perasmian  melahirkan penghargaan terima kasih kepada lebih 21,000 orang guru di  negeri Terengganu atas sumbangan dan dedikasi mendidik anak Terengganu  dan merealisasikan hasrat negeri menjadikan 
Terengganu sebagai Anjung  Ilmu.Beliau juga akan sentiasa berusaha dan berjanji bahawa  kerajaan negeri akan  memberi sumbangan dan isentif bagi menghargai jasa  dan sumbangan guru.
Menurut Menteri Besar lagi,
jika  UPSR Tahun 2010 menjadi juara
sepuluh tahun berturut-turut  kerajaan negeri akan menghantar
50 orang guru pada tahun depan  untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
 Australia.Selain dari  itu,beliau berhasrat mahu bersalaman dan berjumpa semua guru mengikut  daerah untuk menyatakan penghargaan terima kasih apatah lagi jika semua  empat peperiksaan awan mencapai yang terbaik di peringkat negara.Beliau  juga memaklumkan bahwa  kerajaan negeri telah menerima 
penghargaan  daripada Intel kerana menjadi negeri pertama di benua Asia  pelajarnya menggunakan e-book. Sehubungan dengan itu,sebanyak 800 unit  e-book akan disumbangkan kepada guru bagai mempertingkatkan keupayaan  dan kemahiran pengajaran-pembelajaran murid.Selain dari itu,YAB Menteri  Besar juga melahirkan rasa bangga kerana pada tahun ini seorang lagi  anak jati Terengganu,
Pn.Hajah Ainon Jamilah bt Mohd Ali telah  dianugerahi 
Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2010.
Terdahulu 
Yang Berbahagia,Tuan  Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam  ucapan aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa Jabatan Pelajaran  Negeri 
sangat beruntungdan
 bertuah kerana  banyak program  melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu  dan kuat daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan pelbagai pihak. Beliau  melahirkan rasa terima kasih warga pendidikan kepada YAB Menteri Besar  dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat  Negeri 2010 telah dihadiri oleh 1,600 orang guru pelbagai peringkat  serta jemputan khas terdiri ketua-ketua jabatan pelbagai insitusi dan  agensi persekutuan dan negeri.Di samping Anugerah Tokoh Guru pelbagai  Anugerah dan Hadiah yang dipertandingankan turut disampaikan oleh YAB  Menteri Besar Terengganu di majlis berkenaan. Senarai penuh penerima  ialah seperi di bawah;
Tokoh  Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air  Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu
Anugerah  Guru Inovatif:
Augerah  Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt  Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu
Anugerah  Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok  Jembal,Kuala Terengganu
Anugerah  Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt  Mahmood
SK Tengku Mahmud  11,Besut,Terengganu
Anugerah  Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu  Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu
Anugerah  Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin  bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu
Anugerah  Guru  Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin  Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu
Anugerah  Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya  bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu
Anugerah  Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu  7,Dungun,Terengganu
Anugerah  Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah  Bidong,Setiu,Terengganu
Anugerah  Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu
Anugerah  Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala  Terengganu
Anugerah  Penerbitan Dan Majalah  Terbaik
SMK  Chukai,Kemaman,Terengganu
Anugerah  Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat  Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu
Anugerah  Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala  Jenderis,Hulu Terengganu
Peraduan  Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:
Tempat  Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela  Segara,Marang Terengganu
Tempat  Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK  Saujana,Setiu,Terengganu.
Tempat  Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK  Pengkalan  Berangan,Marang,Terengganu
Peraduan  Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:
Tempat  Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK  Padang  Midin,Kuala Terengganu
Tempat  Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK  Seri  Serating,Marang,Terengganu
 
Tempat Ketiga
En. Nazri bin  Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu
Sumber : blog unit sekolahrendah JPNT.