Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

06 Jun 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua guru dan murid-murid..






Semasa cuti penggal ke 2 ini, sila pastikan "semua Modul Cuti Terancang  Sekolah "dibereskan oleh semua murid , semoga diberi perhatian oleh semua ibu bapa penjaga.  

Pesanan dari GPK Pentadbiran SK Padang Landak.

Guru Wajib diberi rehat dua kali sebulan : Alimuddin

010/06/04

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. 

Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. 
"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya. 

Alimuddin berkata, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga. 

Beliau berkata, jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. - Bernama

Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Terengganu

Mantan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman,Tuan Haji Ahmad bin Mahmood telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 2010 di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu 2010 yang berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah Shah,Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA pagi ini.

Tokoh Guru Negeri Terengganu ini menerima sijil,medal emas,tafsir al-Quran,sepersalinan lengkap baju Melayu berserta wang tunai RM10,000.00 daripada Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebahagian (RM5,000.00) bagi anugerah tersebut.

Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. semasa menyampaikan ucapan perasmian melahirkan penghargaan terima kasih kepada lebih 21,000 orang guru di negeri Terengganu atas sumbangan dan dedikasi mendidik anak Terengganu dan merealisasikan hasrat negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.Beliau juga akan sentiasa berusaha dan berjanji bahawa kerajaan negeri akan  memberi sumbangan dan isentif bagi menghargai jasa dan sumbangan guru.

Menurut Menteri Besar lagi,jika UPSR Tahun 2010 menjadi juarasepuluh tahun berturut-turut kerajaan negeri akan menghantar50 orang guru pada tahun depan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia.Selain dari itu,beliau berhasrat mahu bersalaman dan berjumpa semua guru mengikut daerah untuk menyatakan penghargaan terima kasih apatah lagi jika semua empat peperiksaan awan mencapai yang terbaik di peringkat negara.Beliau juga memaklumkan bahwa  kerajaan negeri telah menerima penghargaan daripada Intel kerana menjadi negeri pertama di benua Asia pelajarnya menggunakan e-book. Sehubungan dengan itu,sebanyak 800 unit e-book akan disumbangkan kepada guru bagai mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran pengajaran-pembelajaran murid.Selain dari itu,YAB Menteri Besar juga melahirkan rasa bangga kerana pada tahun ini seorang lagi anak jati Terengganu,Pn.Hajah Ainon Jamilah bt Mohd Ali telah dianugerahi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2010.

Terdahulu Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapan aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri sangat beruntungdan bertuah kerana  banyak program melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu dan kuat daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan pelbagai pihak. Beliau melahirkan rasa terima kasih warga pendidikan kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 telah dihadiri oleh 1,600 orang guru pelbagai peringkat serta jemputan khas terdiri ketua-ketua jabatan pelbagai insitusi dan agensi persekutuan dan negeri.Di samping Anugerah Tokoh Guru pelbagai Anugerah dan Hadiah yang dipertandingankan turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di majlis berkenaan. Senarai penuh penerima ialah seperi di bawah;



Tokoh Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu

Anugerah Guru Inovatif:

Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu

Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru  Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu


Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu 7,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu

Anugerah Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala Terengganu

Anugerah Penerbitan Dan Majalah  Terbaik
SMK Chukai,Kemaman,Terengganu

Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu


Anugerah Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu


Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu

Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.

Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK  Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu


Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK  Padang Midin,Kuala Terengganu

Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK  Seri Serating,Marang,Terengganu
 
Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu

Sumber : blog unit sekolahrendah JPNT.