Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

13 Mac 2010

CUTI SEKOLAH


SELAMAT BERCUTI 
KEPADA SEMUA GURU DAN MURID.
12 - 20 MAC 2010
CUTI-CUTI JUGA...



Kepada murid jangan lupa ulangkaji....
Pada guru pula.....jangan lupa tanda kertas OTI 1.... Buka sekolah nanti sila serahkan markah untuk E-pantau....


Pesanan dari :
GPK 1










Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2010


Hari        :  Khamis
Tarikh     :  11 mac 2010
Masa      :   8.00 pagi
Tempat   :   Surau Taman Perumahan RAKR Padang Landak

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di adakan untuk mengingati kelahiran Rasulullah. Sambutan ini melibatkan semua murid, guru dan kakitangan sekolah. Sambutan ini dimulakan dengan acara perarakan ke Surau RAKR Padang Landak diketuai oleh GB, GPK 1, GPK HEM dan GPK KOKU. Ceramah ringkas disampaikan oleh Ustaz Baharuddin . Tahniah kepada Pasukan dari rumah Merah kerana JOHAN perarakan tahun ini....Terimakasih kepada penduduk RAKR kerana telah menyediakan makan minum kepada semua murid dan guru.....Terima Kasih Daun Keladi......

Selepas kembali ke sekolah, diadakan pula pertandingan Azan dan Iqamah, -Tilawah dan Hafazan mengikut rumah.Cukup meriah.Puan Guru Besar  yang mengetuai perarakan turut bersama sepanjang majlis telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. InsyaAllah, tahun depan akan diadakan sambutan yang lebih meriah........

Gambar yang sempat dirakam sempena majlis tersebut