Penyerahan Surat Tawaran kepada
Guru Besar & GPK Baru.
Petang tadi di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran
Terengganu telah diadakan majlis Penyerahan Surat Tawaran
kepada Guru Besar & GPK Baru oleh
Yang Berbahagia,En.Zakariah bin Ali,Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Terengganu.
Seramai empat orang GPK telah ditawarkan
pemangkuan DGA34 sebagai Guru Besar, seorang
ditawarkan pemangkuan DGA32 dan duapuluh
dua orang dari gred DGA32(KUP) Time Base
dihakikikan sebagai Penolong Kanan pada
1 Januari 2011. Daripada 27 orang calon itu
hanya seorang yang menolak sebagai GPK
walaupun ditempatkan dalam daerah yang sama.
Tahniah kepada yang sanggup dan bersedia memikul
amanah semoga dengan semangat,iltizam dan keikhlasan
tuan-puan pendidikan Terengganu terus lestari dan terbilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan