Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

02 April 2010

Mesyuarat bola sepak Peringkat Daerah Besut



Sekolah Kebangsaan Padang Landak telah menjadi tempat bermesyuarat untuk menyelaraskan Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Daerah Besut yang dipengerusikan oleh Encik Mazlan bin Ismail GPK Kokurikulum SK Padang Landak selaku Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah Besut.

Tarikh : 23 Mac 2010
Masa  : 2.30 petang
Tempat  :  Bilik Mesyuarat SKPLd






Tiada ulasan: