Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

30 Januari 2010

KETERANGAN LENCANA

  1. PERISAI - Lambang kepada peralatan mempertahankan diri yang telah sinonim dengan reka   bentuk kebanyakan lencana sekolah-sekolah di negara kita.
  2. BUKU -  Buku yang terbuka menggambarkan kekuatan ilmu yang menjadi  wadah perjuangan setiap pelajar dan dijadikan teman setia mencipta ilmu.
  3. MATA PENA- Simbol pencarian ilmu di alam persekolahan. Kekuatan ilmu boleh merubah dunia bak kata pepatah “ mata pena lebih tajam daripada mata pedang .”
  4. GLOBE- Matlamat dan wawasan untuk melahirkan pelajar yang dapat  meneroka  pendidikan bertaraf dunia setanding dengan negara-negara maju.
  5. 2010 - Tahun tercipta sejarah. Sebuah institusi pendidikan yang baru telah mendapat pengiktirafan iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Landak berdiri megah seiring dengan sekolah-sekolah yang lain yang turut bersaing untuk memantapkan lagi prestasi pendidikan diperingkat daerah,  negeri dan negara.
  6.  “ MULIAKAN ILMU”dalam tulisan jawi bertujuan memertabatkan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan  dunia pendidikan negara sejak zaman berzaman keperingkat globel.
  7. WARNA KUNING - Kuning melambangkan kedaulatan raja-raja yang luhur dan disanjung tinggi.
  8.  Biru menggambarkan kecintaan kepada kedamaian serta semangat saling hormat-menghormati yang menjadi teras untuk memertabatkan penerokaan ilmu.
  9. Hitam dan putih adalah warna identiti Negeri Terengganu yang menjadi lambang kebanggaan setiap warga dan anak negeri.
  10. Hijau menunjukkan kesejahteraan dunia sejagat yang mempunyai kebebasan dalam urusan pencarian ilmu dan kehidupan.
  11. Merah adalah lambang keberanian, kemegahan, ketegasan dan semangat yang jitu dalam mencari ilmu demi untuk memaju , mengangkat dan mencemerlangkan pencapaian sekolah.
  12. MOTO - “MULIAKAN ILMU “ adalah dua patah kata yang menjadi teras dan mendasari bidang pendidikan agar terus berkembang maju dan insyaAllah dapat melahirkan generasi yang sayang dan cintakan ilmu serta menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tiada ulasan: