Sekapur Sireh

Salam hormat dan selamat bertugas kepada guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Padang Landak tahun 2010.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kejayaan hanya ada dalam satu pasukan yang setia dan rasa kekeluargaan yang kuat serta daya kreativiti yang perlu sentiasa dipupuk dan dikembangkan.


Jadikan tugas kita sebagai satu ibadat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. dan bertekad untuk memenuhi kepuasan pelanggan sebaik mungkin, kita pasti dan percaya ia akan dicapai dengan baik dan berkesan.

14 Januari 2010

sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Padang Landak yang diserahkan pada 8 Disember 2009 akan mula beroperasi secara rasmi mulai sesi persekolahan 2010. Perkara ini telah disahkan oleh Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak di Pejabat Pelajaran Daerah Besut hari Rabu 16 Disember 2009.

Hadir sama dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Salim bin Abd. Ghani,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong,pegawai-pegawai dari jabatan ,pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut,Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang akan bertugas di sekolah berkenaan.


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan surat pertukaran dan penempatan kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Padang Landak berkuatkuasa 16 Disember 2009. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa SK Padang Landak akan menjadi sekolah impian ibubapa dan masyarakat dalam masa terdekat justru kemudahan yang lengkap,tempat yang strategik serta guru besar,gpk dan guru-guru berpengalaman.


Beliau berkata demikian selepas semua ahli mesyuarat melawat sekolah berkenaan. Lawatan dan tinjauan itu juga disertai sama oleh Pegawai-Pegawai JKR Besut dan kontraktor.















Tiada ulasan: